Friday, 24 June 2016

Yiwu,China International Import Commodities Fair 2016

Salam..

Entry kali ini Brader Cipun cuma nak share perjalanan Brader Cipun ke China.
Bulan lepas Brader Cipun sempat join business trip kawan-kawan Brader Cipun
di Yiwu, China bersempena dengan International Import Commodities Fair 2016.
Fair tu berlangsung selama 4 hari (1 hari open for business, 3 hari lagi open for
public ) Kitorang g 11 orang semuanya mewakili 3 company yang berbeza.

Agak fun la sebab Brader Cipun pergi sebagai translator untuk diorang ni 
hehehe....


Sebahagian team dari Malaysia yang menyertai expo di Yiwu 2016
Yiwu International Import Commodities Fair 2016 ni bertujuan untuk 
memperkenalkan produk-produk luar kepada pasaran tempatan. Pameran 
kali ini lebih bersifat produk terbuka dimana produk-produk yang ingin
dipamerkan tidak tertumpu kepada produk makanan sahaja atau produk 
kesihatan  sahaja. Ianya merangkumi semua jenis produk yang ingin 
diperkenalkan kepada pasaran tempatan.

So kitorang gather dekat KLIA2 dalam kul 9 malam. Makan apa semua dulu,
pastu kitorang check in. Flight kitorang ke ShenZhen Bao'an International 
Airport kul 10 malam. Sebenarnya ada je flight direct terus ke HangZhou tapi
nasib tak menyebelahi kitorang, time kitorang nak beli tu, tiket ke HangZhou 
da sold out. So terpaksa la transit huhu tapi takde hal..boleh kautim 
punya haha

Sampai di ShenZhen pukul 2 pagi and next flight pukul berapa tau? pukul 6 pagi!! Transit 4 jam yang sangat2 la bosan haha Sebagai Langkah berjaga-jaga 
jugak sebab mana tau flight delay ke, haaa kang terkejar2 plak next flight tu.
Nasib tak baik kang terlepas pulak next flight haha 
nanya dik......

2 jam penerbangan udara, kami sampai di HangZhao International Airport.
Cuaca agak dingin la sebab ikut kata Kak Dian, China baru habis musim sejuk
tapi cuaca still dingin, a good welcome for us :-p 
Trip leader kami, Kak Dian, da ready transport untuk kitorang, express van 
macam van Siam yang masuk Malaysia tu hahaha...
So masa untuk ke hotel... Kami menginap di DongGuan. Masa perjalanan
makan masa 2 jam lagi !!! hahahaha habis masa atas kenderaan je haha

Pukul 11.30 pagi kami sampai di perkarangan hotel. Dapat check in tu belum boleh rehat lagi huhuhu siap-siapkan diri untuk ke tapak expo untuk setup booth untuk hari lusa. Letih jangan cerita la dik... hahaha hampir 12 jam dalam
kenderaan, dapat check in tapi tak boleh rehat lagi hahaha 
Tapi semua steady lagi...  

Sampai je tapak expo apa lagi, check barang la cukup tak cukup, sebab
sebelum kitorang datang, pihak penganjur ada bagi borang untuk request 
apa-apa keperluan yang kita perlu.
Jadi bermula tugas Brader Cipun sebagai translator bila ada barang yang
da request tapi tak dapat. Ada yang meja tak dapat, name tag tak dapat, 
lampu tak pasang.

Memang masalah utama ialah komunikasi la, sebab diorang ni memang out la 
bahasa enggeris diorang huhu selamber dia je cakap cina dengan kita 
walaupun kita tak faham. Ke hulu ke hilir la Brader Cipun follow up dengan
pihak penganjur untuk memastikan barang-barang kami ni dapat. 
Alhamdulillah semua yang kitorang request tu dapat jugak huhu

So cukup untuk hari ini, setelah hampir 24 jam berjaga dari perjalanan sampai
la setup booth. Kerja kitorang siap, ready for tomorrow guys!! Malam tu kitorang makan-makan kat Arab Street, kalu nak pergi naik teksi, cakap kat
driver tu "Bing Wang Ye Shi", tau la dia nak bawa ke mana hehehe 
Tambang ok murah jugak dalam 30RMB.

Kat sini Brader Cipun ada sertakan video untuk korang tgok sepanjang hari 
expo kitorang kat sana. Video ini dibuat oleh team La Facia, diorang lebih 
kepada product spa, so enjoy the show k. :-p

Watch our video here...


Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka


Friday, 17 June 2016

Client Side Event VS Server Side Event

Salam..

Hari ni kita bincang topik simple.
"Kenapa Client Side Event lebih cepat dari Server Side Event??"

Sebelum tu kita kenal dulu 
apa itu Client Side Event & apa itu Server Side Event....

Secara literally kita bole agak la kan, Client Side Event dengan Server Side 
Event tu ap...

Ok, dari segi prosesnya, Client Side Event ni dia berkenan dengan proses2 
yang berjalan di machine User/Client sbb tu nama dia Client Side Event.
Contoh macam mana Brader Cipun? ok, contohnya macam DropDownList
bila kita click 1 DropDownList ni, kita nak DropDownList yang ke-dua  
memaparkan selection yang seterusnya. So dia kan run script di client side dan populatekan DropDownList yang kedua. Jadi masa yang diambil, lebih pendek.

Apa beza dengan Server Side Event??

Ok, dalam Server Side Event (pakai contoh DropDownList tadi), bila kita 
click DropDownList yang pertama, backend proses dia akan hantar click 
event ke server, server akan proses request dari click event dan hantar 
balik maklumat yang dikehendaki. Lepas tu, DropDownList yang kedua akan
Load data yang diterima dan paparkan di skrin.

Panjang kan proses dia?? hehehe sebab itu bagi proses yang simple selalunya
programmer akan guna Client Side Event untuk menjimatkan masa dan RAM
server, simpan untuk proses-proses data yang lebih penting.

Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka

okey,kalau nak apa-apa untuk Brader Cipun explain kat korang, jangan malu
jangan segan,komen saja bahhh hahaha 
sekian....
 

 

Friday, 15 January 2016

Memancing Di Kelong 2.0

Hari ni Brader Cipun nak story pasal memancng di kelong version 2.0

Hari tu kitorang dah pergi tapi orang kata kalu belum ditawan, jangang
dibilang sama orang hahaha so kitorang plan for second trip ke Teluk Gong.
Nak kate pakar pun bukan pakar sangat, joran cikai sangkut anak gelama
pun lentur macam sangkut pari bahaha
So kita cerita sini habis sini la hahaha malu kat otai wehhh haha

Teluk Gong ni kat mane secara tepatnya Brader Cipun pun tak tau sangat tapi 
area2 Klang la...
Hari tu ktorang pergi dalam 8 orang tapi trip kali ni ramai cket,
orang kata the more the merrier ... orang kata la..tapi memang btol pun haha

So atas nasihat ketua trip kitorang, kitorang amik port yang tepi2 cket, 
itu hari kitorang amik port hjung skali and ketengah cket, so kali ni, 
atas nasihat Master Ji, kami amik la port yang rapat ke tebing cket..
Dia kata nak target Semilang...ikut ajelah bang...kami ni noob wakaka

Ada yang gerak solo ke jeti ada yang tunggu kat umah je, member datang
amik...Brader Cipun dengan 4 member yang lain berkumpul kat opis diorang 
dulu, cukup quota, jalan..... Teluk Gong Mu tunggu kami datang!!! hahaha

Singgah Tesco Shah Alam beli mknan dulu, singgah plak kedai jual 
umpun-umpun buat umpan, kul 7 malam kitorang sampai jeti. Cari udang 
hidup pulak... setel semua, kami jamu nyamuk dulu di jeti sementara nak
tungu brader bot sampai hahaha

Kul 8 sampai di kelong kami....semangat rancak ni hahaha setel solat 
maghrib, pakat2 ready la jran masing2, dah macam sniper pasang senjata
hahahaha Brader Cipun macam biasa, orang pakai sniper canggih, 
Brader Cipun pakai pistol air je bahahaha Pistol air pun pistol air la..
janji bole naik sekor dua jadila buat habuan join trip kikiki

Baru 10 minit, naik anak gelama, bersorak la kejap, anak pun anak la...
hahaha baru member tengok semangat, ikan da jinak dgn umpan..
Sedap memancing umpan da nak habis, baru kul 12 malam, xleh jadi,
kol pulak brader jeti, order umpan n mintak hantarkan umpan, haaa 
jangan ingat McD je ada delivery, umpan pun ada tau hahahaha sambung balik game...

Sampai 3 pagi umpan habis lagi hahahaha cpt btol habis umpan, sbb trip 
kali ni ramai, silap bajet lorrr xpe order lagi.....makan la ikan makan, hari ni 
kenduri hahahaha rezeki malam ni banyak gelama, gelama pisang...no hal 
janj dapat, baru enjoy bakar member yang x dapat hahaha
Brader Cipun ang berbekalkan senjata pistol air yang comel ni pun bole 
naik gelama jugak hahaha jangan pandang sebelah mata wakaka

Air jangan crita berjug-jug da Brader Cipun bancuh, asal bancuh habis, 
asal bancuh je habis hahahaha sampai kul 5 pagi semua relax jap, ada yang 
rehat tidur, esok pagi nak sambung berentap lagi ni hahaha

Kul 11 pagi, kitorang kemas2 nak balik dah...hari pun da panas, xsenang 
duduk da kat kelong tu hahaha kul 12 bot sampai so berarak la kami pulang.
Pape pun trip kali ni memang terbaik...hasil x banyak macam trip lepas tapi 
ikan macam2 jenis, ok laa bg noobies ni ahahaha
Bawah ni Brader Cipun share gambar2 kitorang utk trip kali ni yeehaaaa!

Hari sudah cerah..kita mula balik

Semilang yang dicari...
Si Buntal yang suka bergurau di pagi hari...

Senangin pun join party...




Pembahagian harta..ada gelama, semilang, ikan duri, tuka


Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka
okey,sekian....

Tuesday, 13 October 2015

Perjalanan Mencari Bunga

Salam, lame Brader Cipun tak update blog ni, kelam kabut sikit minggu2 lpas..

Harini Brader Cipun nak share kupasan tentang cerita Mencari Bunga..
Lari tajuk cket hehehe bahan tak ready lagi untuk publish kat korang,
next entry Brader Cipun bagi entry pasal programming lagi ekk..

Ok, berbalik pada cerita Mencari Bunga..
Cerita ni spread banyak kat WhatsApp tapi pengajaran dia, 
orang kata Deep haaa hahaha poyo jerkk

Ceritanya mengenai seorang anak muda yang disuruh oleh ibunya untuk
mencari sekuntum bunga yang paling cantik sekali di sebuah taman bunga.
opkos la taman bunga, xkan cari bunga kat taman ular kan hahaha

Baik, so anak muda ni pun setuju TAPI...haaa ada tapi dia..
mak dia cakap dengan syarat, kamu mesti melaluinya sehala sahaja,
maksudnya tak boleh berpatah balik dan di penghujung taman itu, 
kamu mesti dah ada sekuntum bunga di tangan.

So anak muda ni pun berjalan la di taman yang mak dia cakap....
jalan punya jalan, dia nampak 1 bunga ni, cantik, kembang elok sangat...
Dia nak ambik dah tapi tak jadi, dalam hati dia cakap.
mungkin ada yang lagi cantik kat depan...so dia jalan lagi

tiba2 dia nampak satu bunga ni, kaler dia menyerlah dari yang sebelum2 ni,
kali pertama dia tengok bunga yang warnanya secantik tu..
so dia pun nak petik, tiba2 tak jadi, dalam hati dia cakap.
mungkin ada lagi yang lebih cantik kat depan tu..so dia jalan lagi...

begitulah yang terjadi setiap kali dia terjumpa bunga yang cantik.

sedang asyik dia melihat-lihat bunga tu, sedar-sedar dia dah ada di hujung
taman dan di tagannya tidak terdapat sekuntum pun bunga.

dia pun balik jumpa ibu nya, ibunya bertanya...
kamu tak jumpa bunga yang dicari??
anaknya pun menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya...

ibunya berkata : begitulah dalam kehidupan ni nak,
jika kita terus menerus mencari sesuatu yang lebih baik tanpa
menghargai apa yang kita ada pada ketika itu,
dikhuatiri penghujung hayat kita berakhir seperti mana kamu yang tidak
memperoleh walau sekuntum bunga sekalipun.

janganlah kamu leka dengan keindahan, kehebatan, kecantikan, kemegahan
yang kamu lihat kerana kelekaan itu akan membinasakan kamu kelak.

 THE END...

 So pengajaran dia jangan la kita terkejar-kejar sesuatu yang tidak pasti
hingga kita leka dan terlupa dengan apa yang kita sudah kecapi..

Tak salah untuk berusaha ke arah yang lebih baik tetapi jangan sampai
kita terbuai dengan keindahan sesuatu yang belum milik kita...


Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka
okey,sekian....














Monday, 7 September 2015

What is Version Control

WHAT IS VERSION CONTROL

Dalam dunia pembangunan perisian komputer, Version Control merupakan 
sesuatu yang penting (Jika pengaturcara tu mementingkan kualiti dan 
menjaga dari aspek kelestarian perisian yang dibangunkan la..)

Apa itu Version Control??? Secara literally kita bole agak kan..
Ok, Version Control ialah satu sistem yang mengawal rekod-rekod sesuatu
file dari masa ke semasa. Version Control System lebih dikenali dengan
nama VCS. So lepas ni Brader Cipun gune VCS aje ok.. 

Terms yang penting dalam VCS ni Brader Cipun rasa tak banyak.
Gatekeeper, Repo, update, commit, checkout, push, pull.

Repo = tempat simpan kesemua file yang melibatkan progran,
Gatekeeper jaga Repo
update = download latest file dari Repo,
commit = upload file yang dah diubah suai ke Repo,
checkout = file apa yang nak dipaparkan kepada end user.
push = upload file ke Repo
pull = download file dari Repo

VCS ni ad banyak jenis ke?
  1. Local Version Control System
  2. Centralized Version Control System
  3. Distributed Version Control System
Local Version Control System
Local Version Control System
Kalu kita tengok dari diagram di atas, ini cara VCS yang paling mudah.
dan biasalah kalu paling mudah mesti ada banyak kekurangan dia kan.
Ok bagi Local VCS ni, cara praktis dia mudah saja, apa yang selalu dibuat oleh
programmer ialah, 
copy version yang sedia ada, 
buat perubahan yang perlu then upload program yang telah diubah suai tadi.
(program yang lama biar sebagai rujukan or in case yang version latest 
ni ada masalah, boleh inverse version balik) 


Centralized Version Control System
Centralized Version Control System
Sekarang kita tengok pula Centralized VCS. Seperti yang anda lihat di atas
Centralized VCS ni practice nya upgrade cket dari Local VCS tadi.
Practice nya sama, 
Programmer akan copy file yang nak diubah usai,
then siap ubah suai, akan di'commit'.
Beza nya dengan Local VCS???
Centralized VCS membenarkan programmer ambil code untuk diubah suai
tetapi apabila programmer nak commit, akan clash, clash macam mana???
Programmer A dan B update coding pada masa yang sama,
setelah diubah suai, Programmer A commit coding dahulu,
then Programmer B pula nak commit,
Programmer B akan error sebab file asal yang didownload tadi dah tak 
wujud dalam Repo sebab Programmer A dah commit file yang dia dah 
ubah suai. So Programmer B perlu update sekali lagi (tanpa perlu delete
coding yang telah dibuat), dan commit macam biasa.
Jika kedua-dua programmer ini update pada masa yang sama dan tengok 
balik file tu, coding kedua-dua programmer ni ada dalam tu...

Distributed Version Control System
Distributed Version Control System



Apa beza Version Control dengan Subversion???


Jangan keliru, Version Control ialah sistem manakala Subversion ialah
software yang digunakan dalam Version Control. Maksudnya, Subversion
ni ialah contoh-contoh software yang boleh digunakan untuk kita 
mengaplikasikan Version Control ni.

Kenapa penting sangat VCS ni Brader Cipun??
Meh sini kita story..

Programmer boleh bertukar menjadi Hulk..Seriously..sebab apa??

Bila program da siap, then upload, tiba2 sehari lepas tu, program tak jalan.
atau ada masalah. Sebelum ni run elok je..
Tengok2 coding, ada tokok tambah....
Malaun mana la yang kacau program aku ni..

Tu satu hal...
Jenis plak ramai tangan, semua nak tunjuk pandai, belum test lagi coding tu,
dengan konfidennye terus letak dalam live site. Boommm, semua berkecamuk,
pastu mula tak mengaku sape buat. Bak pepatah mat salih cakap,
'Baling batu, sembunyi tangan' haaa...

Baik.
Dalam VCS, ada satu orang yang dipanggil 'GateKeeper'.. 
haaa ni macam Cikgu disiplin la, 
masuk sekolah baju tak tuck-in, keluar..
masuk sekolah pakai selipar, keluar..
masuk sekolah seluar skinny, keluar...

Ok, tu la function 'GateKeeper'. Setiap coding baru, features, function baru 
yang diperkenalkan dalam coding tu, perlu dilepaskan ke live site
oleh 'GateKeeper'. 
'GateKeeper' bagi greenlight, baru boleh upload tu live site.
1 lagi bestnya VCS ni, die akan record siapa yang buat perubahan dalam
coding dan setiap perubahan ada direkodkan dalam log.
So kalu ada masalah, trace balik coding mana yang masalah then kita tau 
siapa yang buat then boleh refer kepada orang tu untuk betulkan.

Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka
okey,sekian....