SYSTEM ENGINEER tu ape ekk???
Soalan yang paling blurr sekali bile nak jawab, ialah bila orang tanya, kerja apa?Sebab apa jadi blurr? sebab next soalan mesti, apa tu? kerja macam mana tu?
System Engineer, profession kejuruteraan yang jarang dilihat sebagai satu peluang pekerjaan. Kenapa?
sebab orang tak nampak keterampilan dia di dalam kehidupan seharian. Tapi kalu sebut Engineer, orang nampak satu je, engineer yang duk bawa pelan lukisan, melawat site pembinaan, pakai safety helmet dengan kemeja sambil buka pelan lukisan and tunjuk-tunjuk bangunan yang sedang dibina. hahaha tu memang apa yang ditunjukkan kepada kita melalui rancangan television.
So apa Sytem Engineer ni?
System engineer ialah pekerjaan yang melibatkan banyak sektor yang lain contohnya, bahagian sumber manusia, pengurusan projek, bahagian sales dan marketing, dan sebagainya.
Apa peranan system engineer?
Peranan system engineer sama dengan peranan engineer yang lain iaitu memudahkan urusan pekerjaan orang lain.
Macam mana??
Ok, contoh dalam pengurusan sumber manusia (HR), macam mana nak memudahkan kerja diowg? nak lihat file seseorang pekerja, kene cari file pekerja tu dalam almari, ok kalu die susun dalam alphabet senang la sikit kan, da jumpe alphabet die, selak satu satu untuk tengok nama staff tu, nama pulak sama, kena tengok nama bapak pulak, tu baru sorang, kalu ramai pekerja dia nak check, tak ke gila orang HR tu hahaha
Ok, peranan system engineer ni (peranan kecil) ialah macam mana nak create satu system yang bilamana bahagian sumber manusia ni nak tengok file seseorang pekerja tu, dia just taip nama penuh staff tu dalam komputer dan boom!! keluar semua maklumat staff tu.
So system engineer ni dia bergelumang dengan proses kerja orang lain, workflow, risk management, kena fikir macam mana nak optimize kan system yang sedia ad dan kadang-kadang dia jugak terlibat dengan technical person..
System engineer ialah satu profession yang menarik dan patut mendapat tempat di hati para pelajar yang bakal memasuki alam universiti dan seterusnya menjadikan ia sebagai satu kerjaya.
Sekian.