Monday, 24 November 2014

What is Business Intelligence???

A little intro on Business Intelligence (BI)

Business Intelligence ialah kaedah-kaedah atau alat-alat yang digunakan untuk
menukarkan data yang dikumpulkan kepada maklumat yang berguna untuk 
kegunaan bisnes. 


Apa beza 'data' dengan 'maklumat'??


'Data' ini berbentuk kasar, tidak disusun dan perlu diproses.

Contoh : data pencapaian setiap murid dalam kelas 5Bestari.
              Ali dapat 85 dalam subjek Matematik,
              Abu dapat 79 dalam subjek Matematik.

'Maklumat' ini berbentuk data yang telah diproses dan disusun untuk memenuhi sebarang permintaan.

Contoh : Murid kelas 5Bestari yang mendapat markah paling tinggi, purata markah yang diperolehi oleh murid 5Bestari dalam subjek Matematik.

Ok, untuk memahami apa yang dimaksudkan dalam pengenalan Business Intelligence tu, kita bahagikan maksud dia kepada 3 bahagian.

" kaedah-kaedah atau alat-alat yang digunakan untuk
menukarkan data yang dikumpulkan kepada maklumat yang berguna  
untuk kegunaan bisnes "

Dalam business, maklumat-maklumat yang diproses ini amat penting untuk mengetahui apa yang terjadi pada peringkat masa berikut :
  1. Rekod masa lalu.
  2. Situasi sekarang.
  3. Jangkaan masa hadapan.

 Apa kepentingan ketiga-tiga masa ini?

Dalam business, ketiga-tiga masa ini memainkan peranan yang penting untuk melakukan keputusan (decision making). 

Decision Maker perlu mengetahui apa yang berlaku pada masa lalu supaya apa yang diputuskan pada hari ini tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

Decision Maker perlu mengetahui apa yang dijangka akan berlaku pada masa hadapan supaya dapat bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. 


Komponen Business Intelligence

Kompenen Business Intelligence terbahagi kepada 3 bahagian:
  1. Data
  2. Collective tools
  3. Processing tools
  4. Presenting tools
1. Data
    - Apa-apa data sama ada dalam bentuk nombor, alphabet dan sebagainya.


2. Collective tools
    - Alat yang digunakan untuk mengumpul data-data yang diperlukan, 
      contoh : hardcopy (kertas), softcopy (excel, pdf) dan sebagainya.

3. Processing tools
    - Alat yang digunakan untuk mengolah(process) data yang diperolehi 
      kepada maklumat yang berguna.
      contoh : microsoft excel dan sebagainya

4. Presenting tools
    - Alat yang digunakan untuk membentangkan(present) hasil dari data yang 
      telah diolah.
      contoh : microsoft powerpoint, graph dan sebagainya.

Ok, punya rancak cerita pasal data yang diolah tu, tertanya-tanya lak, siapa
yang nak tengok hasil tu? apa guna Business Intelligence tu?

Fungsi Business Intelligence

  1. Business performance management
  2. Predictive analytics
  3. Reporting
  4. Decisiom making process
1. Busieness performance management
    - Setiap bulan sebagai contoh, bos kita nak tengok macam mana sale 
      performance kita, so dari BI ni dia boleh tengok performance anak-anak
      buah dia, menaik ke, menurun ke sale.

2. Predictive analytics
    - Dari maklumat BI, kita boleh tengok trend untuk setiap apa yang terjadi, 
      harga makin menaik ke, permintaan tinggi ke tak untuk masa datang. So 
      kita boleh predict untuk apa akan jadi pada masa akan datang.

3. Reporting
    - Adalah lebih mudah kalu kita boleh tunjukkan apa yang berlaku dalam
      sebulan (sebagai contoh) kepada bos kita dalam bentuk graph atau carta pi,
      tak kan kita nak tunjuk nombor-nombor kat bos, pening pale bos nak 
      tongok kan?

4. Decision making process
    - Kalu kita nak buat keputusan apa yang kita nak jual atau jualan mana yang
       perlu kita beri lebih perhatian, kita mesti merujuk kepada sesuatu kan? 
      Sesuatu yang menyokong kepada keputusan yang kita buat tu betol? So
      sesuatu yang kita rujuk itu ialah graph, carta pi betol? Itu adalah hasil dari 
      BI jugak. So BI berfungsi dalam kita untuk membuat keputusan. 


Rasanya cukup kot setakat ni dulu..

Kalu ada yang nak dijelaskan atau dihuraikan, sila komen kat bawah ye,
nanti insyallah brader cipun jelaskan...

Sekian..

Friday, 14 November 2014

Hidup sepuas-puasnya..

Lama x bercerita dalam ni...
Hai and assalam..

Bunyi macam rakus jer kan tajuk die,'Hidup sepuas-puasnya'..
Ramai yang stress keje, balik keje pun stress pasal rumah plak kan,
ok so nak share cket pasal macam mana nak relax and enjoy dalam 
kehidupan seharian kita. Tak perlu duit banyak, x perlu amal gaya hidup mewah, just simple step.

Nak hidup tanpa fikirkan stress memang impossible la kan, dengan serabut masalah keje, harga barang mahal, masa tak cukup dan sebagainya
TAPI tak semestinya kita tak dapat nak cari keseronokan hidup tu..

Alaa duit banyak boleh la seronok, nak apa semua boleh beli..SALAH.. :-)

Macam mana nak seronok?

1. Bangun pagi macam biasa solat ap semua, then relax, duduk dulu pastu 
try termenung sekejap... i am alive today!! tak mati lagi...kan seronok kita hidup lagi untuk hari ni..

2. Siap2 nak g keje, jangan kelam kabut, enjoy masa mandi tu, feel the cold 
of the water, kalu pakai water heater tu jangan stress, asal ak tak leh rasa 
cold of the water ni..hahaha

3. Pakai baju and tengok kat cermin...senyum and cakap, hensem/cantik 
jugak aku arini..(jangan lupa syukur)

4. Pergi ke kereta, start enjin kereta then pasang radio sementara nak tunggu enjin panas..relax, sandar kat kerusi then tutup mata...dengar je apa DJ tu melalut sambil senyum..enjoy dengan muzik yang dimainkan..pastu g 
keje la, jangan tido dalam kete tu plak hahaha

5. Balik keje, masuk rumah (bagi salam dulu, x kisah la ada orang ke tak).. letak semua barang kerja, then duduk bersandar..tarik nafas dalam2 and hembus...then cakap dalam hati,'habis dah sehari di pejabat'...senyum and 
jangan lupa syukur..

6. Grab some food pastu duduk menghadap makanan tu sambil senyum...
cakap kat diri sendiri,'bestnye dapat makan lepas seharian kerja kat opis'...jangan lupa terima kasih kpd pemberi rezeki..

7. Baring untuk tidur, baring, mata tengok syiling..tarik nafas dalam2 dan
hembus...cakap kat diri sendiri,'one day down, tomorrow to go'...then sleep..

See... tak kelam kabut, tak terkejar2 sana sini, tak perlu duit banyak pun...
set otak supaya relax baru kite akan tenang jer...

Selamat mencuba!! hehe