Tuesday, 13 October 2015

Perjalanan Mencari Bunga

Salam, lame Brader Cipun tak update blog ni, kelam kabut sikit minggu2 lpas..

Harini Brader Cipun nak share kupasan tentang cerita Mencari Bunga..
Lari tajuk cket hehehe bahan tak ready lagi untuk publish kat korang,
next entry Brader Cipun bagi entry pasal programming lagi ekk..

Ok, berbalik pada cerita Mencari Bunga..
Cerita ni spread banyak kat WhatsApp tapi pengajaran dia, 
orang kata Deep haaa hahaha poyo jerkk

Ceritanya mengenai seorang anak muda yang disuruh oleh ibunya untuk
mencari sekuntum bunga yang paling cantik sekali di sebuah taman bunga.
opkos la taman bunga, xkan cari bunga kat taman ular kan hahaha

Baik, so anak muda ni pun setuju TAPI...haaa ada tapi dia..
mak dia cakap dengan syarat, kamu mesti melaluinya sehala sahaja,
maksudnya tak boleh berpatah balik dan di penghujung taman itu, 
kamu mesti dah ada sekuntum bunga di tangan.

So anak muda ni pun berjalan la di taman yang mak dia cakap....
jalan punya jalan, dia nampak 1 bunga ni, cantik, kembang elok sangat...
Dia nak ambik dah tapi tak jadi, dalam hati dia cakap.
mungkin ada yang lagi cantik kat depan...so dia jalan lagi

tiba2 dia nampak satu bunga ni, kaler dia menyerlah dari yang sebelum2 ni,
kali pertama dia tengok bunga yang warnanya secantik tu..
so dia pun nak petik, tiba2 tak jadi, dalam hati dia cakap.
mungkin ada lagi yang lebih cantik kat depan tu..so dia jalan lagi...

begitulah yang terjadi setiap kali dia terjumpa bunga yang cantik.

sedang asyik dia melihat-lihat bunga tu, sedar-sedar dia dah ada di hujung
taman dan di tagannya tidak terdapat sekuntum pun bunga.

dia pun balik jumpa ibu nya, ibunya bertanya...
kamu tak jumpa bunga yang dicari??
anaknya pun menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya...

ibunya berkata : begitulah dalam kehidupan ni nak,
jika kita terus menerus mencari sesuatu yang lebih baik tanpa
menghargai apa yang kita ada pada ketika itu,
dikhuatiri penghujung hayat kita berakhir seperti mana kamu yang tidak
memperoleh walau sekuntum bunga sekalipun.

janganlah kamu leka dengan keindahan, kehebatan, kecantikan, kemegahan
yang kamu lihat kerana kelekaan itu akan membinasakan kamu kelak.

 THE END...

 So pengajaran dia jangan la kita terkejar-kejar sesuatu yang tidak pasti
hingga kita leka dan terlupa dengan apa yang kita sudah kecapi..

Tak salah untuk berusaha ke arah yang lebih baik tetapi jangan sampai
kita terbuai dengan keindahan sesuatu yang belum milik kita...


Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka
okey,sekian....