Friday, 24 June 2016

Yiwu,China International Import Commodities Fair 2016

Salam..

Entry kali ini Brader Cipun cuma nak share perjalanan Brader Cipun ke China.
Bulan lepas Brader Cipun sempat join business trip kawan-kawan Brader Cipun
di Yiwu, China bersempena dengan International Import Commodities Fair 2016.
Fair tu berlangsung selama 4 hari (1 hari open for business, 3 hari lagi open for
public ) Kitorang g 11 orang semuanya mewakili 3 company yang berbeza.

Agak fun la sebab Brader Cipun pergi sebagai translator untuk diorang ni 
hehehe....


Sebahagian team dari Malaysia yang menyertai expo di Yiwu 2016
Yiwu International Import Commodities Fair 2016 ni bertujuan untuk 
memperkenalkan produk-produk luar kepada pasaran tempatan. Pameran 
kali ini lebih bersifat produk terbuka dimana produk-produk yang ingin
dipamerkan tidak tertumpu kepada produk makanan sahaja atau produk 
kesihatan  sahaja. Ianya merangkumi semua jenis produk yang ingin 
diperkenalkan kepada pasaran tempatan.

So kitorang gather dekat KLIA2 dalam kul 9 malam. Makan apa semua dulu,
pastu kitorang check in. Flight kitorang ke ShenZhen Bao'an International 
Airport kul 10 malam. Sebenarnya ada je flight direct terus ke HangZhou tapi
nasib tak menyebelahi kitorang, time kitorang nak beli tu, tiket ke HangZhou 
da sold out. So terpaksa la transit huhu tapi takde hal..boleh kautim 
punya haha

Sampai di ShenZhen pukul 2 pagi and next flight pukul berapa tau? pukul 6 pagi!! Transit 4 jam yang sangat2 la bosan haha Sebagai Langkah berjaga-jaga 
jugak sebab mana tau flight delay ke, haaa kang terkejar2 plak next flight tu.
Nasib tak baik kang terlepas pulak next flight haha 
nanya dik......

2 jam penerbangan udara, kami sampai di HangZhao International Airport.
Cuaca agak dingin la sebab ikut kata Kak Dian, China baru habis musim sejuk
tapi cuaca still dingin, a good welcome for us :-p 
Trip leader kami, Kak Dian, da ready transport untuk kitorang, express van 
macam van Siam yang masuk Malaysia tu hahaha...
So masa untuk ke hotel... Kami menginap di DongGuan. Masa perjalanan
makan masa 2 jam lagi !!! hahahaha habis masa atas kenderaan je haha

Pukul 11.30 pagi kami sampai di perkarangan hotel. Dapat check in tu belum boleh rehat lagi huhuhu siap-siapkan diri untuk ke tapak expo untuk setup booth untuk hari lusa. Letih jangan cerita la dik... hahaha hampir 12 jam dalam
kenderaan, dapat check in tapi tak boleh rehat lagi hahaha 
Tapi semua steady lagi...  

Sampai je tapak expo apa lagi, check barang la cukup tak cukup, sebab
sebelum kitorang datang, pihak penganjur ada bagi borang untuk request 
apa-apa keperluan yang kita perlu.
Jadi bermula tugas Brader Cipun sebagai translator bila ada barang yang
da request tapi tak dapat. Ada yang meja tak dapat, name tag tak dapat, 
lampu tak pasang.

Memang masalah utama ialah komunikasi la, sebab diorang ni memang out la 
bahasa enggeris diorang huhu selamber dia je cakap cina dengan kita 
walaupun kita tak faham. Ke hulu ke hilir la Brader Cipun follow up dengan
pihak penganjur untuk memastikan barang-barang kami ni dapat. 
Alhamdulillah semua yang kitorang request tu dapat jugak huhu

So cukup untuk hari ini, setelah hampir 24 jam berjaga dari perjalanan sampai
la setup booth. Kerja kitorang siap, ready for tomorrow guys!! Malam tu kitorang makan-makan kat Arab Street, kalu nak pergi naik teksi, cakap kat
driver tu "Bing Wang Ye Shi", tau la dia nak bawa ke mana hehehe 
Tambang ok murah jugak dalam 30RMB.

Kat sini Brader Cipun ada sertakan video untuk korang tgok sepanjang hari 
expo kitorang kat sana. Video ini dibuat oleh team La Facia, diorang lebih 
kepada product spa, so enjoy the show k. :-p

Watch our video here...


Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka


Friday, 17 June 2016

Client Side Event VS Server Side Event

Salam..

Hari ni kita bincang topik simple.
"Kenapa Client Side Event lebih cepat dari Server Side Event??"

Sebelum tu kita kenal dulu 
apa itu Client Side Event & apa itu Server Side Event....

Secara literally kita bole agak la kan, Client Side Event dengan Server Side 
Event tu ap...

Ok, dari segi prosesnya, Client Side Event ni dia berkenan dengan proses2 
yang berjalan di machine User/Client sbb tu nama dia Client Side Event.
Contoh macam mana Brader Cipun? ok, contohnya macam DropDownList
bila kita click 1 DropDownList ni, kita nak DropDownList yang ke-dua  
memaparkan selection yang seterusnya. So dia kan run script di client side dan populatekan DropDownList yang kedua. Jadi masa yang diambil, lebih pendek.

Apa beza dengan Server Side Event??

Ok, dalam Server Side Event (pakai contoh DropDownList tadi), bila kita 
click DropDownList yang pertama, backend proses dia akan hantar click 
event ke server, server akan proses request dari click event dan hantar 
balik maklumat yang dikehendaki. Lepas tu, DropDownList yang kedua akan
Load data yang diterima dan paparkan di skrin.

Panjang kan proses dia?? hehehe sebab itu bagi proses yang simple selalunya
programmer akan guna Client Side Event untuk menjimatkan masa dan RAM
server, simpan untuk proses-proses data yang lebih penting.

Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka

okey,kalau nak apa-apa untuk Brader Cipun explain kat korang, jangan malu
jangan segan,komen saja bahhh hahaha 
sekian....