SYSTEM ENGINEER tu ape ekk???
Soalan yang paling blurr sekali bile nak jawab, ialah bila orang tanya, kerja apa?
Sebab apa jadi blurr? sebab next soalan mesti, apa tu? kerja macam mana tu?
System Engineer, profession kejuruteraan yang jarang dilihat sebagai satu peluang pekerjaan. Kenapa?
sebab orang tak nampak keterampilan dia di dalam kehidupan seharian. Tapi kalu sebut Engineer, orang nampak satu je, engineer yang duk bawa pelan lukisan, melawat site pembinaan, pakai safety helmet dengan kemeja sambil buka pelan lukisan and tunjuk-tunjuk bangunan yang sedang dibina. hahaha tu memang apa yang ditunjukkan kepada kita melalui rancangan television.
So apa Sytem Engineer ni?
System engineer ialah pekerjaan yang melibatkan banyak sektor yang lain contohnya, bahagian sumber manusia, pengurusan projek, bahagian sales dan marketing, dan sebagainya.
Apa peranan system engineer?
Peranan system engineer sama dengan peranan engineer yang lain iaitu memudahkan urusan pekerjaan orang lain.
Macam mana??
Ok, contoh dalam pengurusan sumber manusia (HR), macam mana nak memudahkan kerja diowg? nak lihat file seseorang pekerja, kene cari file pekerja tu dalam almari, ok kalu die susun dalam alphabet senang la sikit kan, da jumpe alphabet die, selak satu satu untuk tengok nama staff tu, nama pulak sama, kena tengok nama bapak pulak, tu baru sorang, kalu ramai pekerja dia nak check, tak ke gila orang HR tu hahaha
Ok, peranan system engineer ni (peranan kecil) ialah macam mana nak create satu system yang bilamana bahagian sumber manusia ni nak tengok file seseorang pekerja tu, dia just taip nama penuh staff tu dalam komputer dan boom!! keluar semua maklumat staff tu.
So system engineer ni dia bergelumang dengan proses kerja orang lain, workflow, risk management, kena fikir macam mana nak optimize kan system yang sedia ad dan kadang-kadang dia jugak terlibat dengan technical person..
System engineer ialah satu profession yang menarik dan patut mendapat tempat di hati para pelajar yang bakal memasuki alam universiti dan seterusnya menjadikan ia sebagai satu kerjaya.
Sekian.
Assalamualaikum..
Hari ini aku nak share tentang 1 lagi masalah and solution yang kita boleh try.
Ok, bila kita dah siap create satu web or system, then kita nak other machine connect to the system (pc kita act as server to the system). masalah dia adalah other machine tu tak dapat connect dengan pc kita.
Oryte ni solution yang aku jumpa la, buat sape2 yang still tak boleh solve, harap entry ni membantu.
Baik, step dia mudah saje.
1. go to window firewall > Advance setting.
2. click kat Inbound Rule (ada kat belah kiri atas) > Action (ada kat belah kanan) > New Rule.
3. click kat Predifined (radio button) > World Wide Web Services (HTTP) (dropdown list) > next.
4. thick kat box 'World Wide Web (HTTP)' (checkbox) > next.
5. untuk setiap step seterusnya,click 'allow the connection' dan next je sampai habis.
Make sure nombor port tu same dengan no port yang korang assign kat IIS.
So korang bole la try gune pc lain and try to access kepada system yang korang dah deploy kat IIS.
Harap membantu kepada yang still mencari solution tu.
Adios!! Selamat mencuba!!
Assalamualaikum..
Hari ni aku nak share 1 penyelesaian tentang masalah bile kite logout tapi bile click button 'Back', die load balik page yang sebelum tu..kalau2 ada yang still mencari jalan penyelesaian kan, so kite share ilmu ni..
Ok..ini aku wat dalam c#.net
Kita akan ada 2 page iaitu Login page dengan Home page betul? Kat Login page ada button Log In and kat Home page ada button Log Out.
Ok.. First, kat page Login tu, lepas kita open connection dengan database kita, kita start session kita, ok ni coding dia..
con.Open();
SqlCommand cmd = new SqlCommand("SELECT * FROM staff WHERE Id='" + TBID.Text + "' AND Password='" + TBPassword.Text + "'", con);
SqlDataReader read;
read = cmd.ExecuteReader();
int count = 0;
while (read.Read())
{
count = count + 1;
}
con.Close();
if (count == 1)
{
Session["User"] = TBID.Text;
Response.Redirect("Home.aspx");
}
"User" tu kita tak perlu declare, just letak je pape variable yang kita nak. So kat sini, maksudnye kita dah set "User" tu sebagai session kita. Thats all untuk Login page, now kita pegi ke Home page plak.
Aku bagi coding dulu, aku explain kemudian ye..
protected void Page_Load(object sender, EventArgs e)
{
CurrentUser.Text = (string)(Session["User"]);
if(!IsPostBack)
{
if (CurrentUser.Text == "" )
{
Response.Redirect("LogIn.aspx");
}
}
}
protected void LinkButton1_Click(object sender, EventArgs e)
{
Session.Clear();
Response.Redirect("LogIn.aspx");
}
Ok..Bila page kita start load je,kita pass nilai session tadi kat satu label. Kalu label tu keluar nilai sama macam apa yang kita log in tadi, maksudnya session kita berjaya.
LinkButton1 tu adalah button logout kita.
So kita apa kita kena buat adalah CLEAR kan session, coding dia Session.Clear()
Bila kita click LogOut button tu, dia akan logout dari home page dan kalu kita click button 'Back' dia xkan load balik dah page yang sebelum tu...
Selamat mencuba geng...
Picture tak load time publish website di IIS
Assalamualaikum...
Hari ni just nak share,kenapa bila kita publish kita punya website, tapi gambar tak keluar, gambar tu tak load time kita publish sedangkan time develop tu, dia elok je keluar.
Ok, ada beberapa kemungkinan yang kita boleh check.
First, kesemua file web kita tu kena letak dalam directory wwwroot.
Contoh : C:\inetpub\wwwroot\EETSB2\Images\kelapaLaut.png
Second, check gambar yang kita pakai tu ada ke tidak dlm file directory yang kita 'point'kan tu.
(
kalu kita copy directory properties dari gambar tu n paste kat coding
kita, dia akan keluar palang '\' ni, palang ni pun punca jugak gambar tu
x keluar sebab format dalam coding, palang dia macam nie '/', )
Kalu gambar tu ada dalam file yang kita 'point'kan tu, tapi gambar still tak keluar, troubleshoot lagi.
Third, check coding directory gambar tu, selalu time kita develop, coding dia akan kluar macam ni
( contoh : http://localhost:57354/SF62/Images/bg2.png ), bila kita deploy di IIS kita kena 'set'kan apa port yang kita nak pakai dan kita selalu lupa untuk ubah nombor port tu kat coding kita, sebab tu gambar kita tak keluar bila kita launch web kita.
So check port number tu, same ke x? Port number yang kita set kat IIS tu, ganti dengan nombor '57354' ( untuk contoh yang diberi ), then try launch blek, hopefully gambar korang akan keluar lepas tu.
Harap membantu.. :-)
All the best !!
Assalamualaikum..
Hari ini aku rasa nak share dengan korang macam mana nak deploy web application/system yang korang dah create, ke server. Ini basic dan cara paling simple kot aku rasa.
Langkah pertama dan paling mudah, korang copy folder yang ada file-file yang berkenaan dengan system korang tu ke 'C:\inetpub\wwwroot'. Folder 'inetpub' ni automatik akan create dalam Drive C korang sebaik sahaja korang install Internet Information Services (IIS).
Langkah kedua, click windows button kat penjuru bawah kiri screen korang tu dan taip 'IIS'. Lepas tu click kat 'Internet Information Services Manager'. Screen die lebih kurang macam ni la..
Ok, korang kene create satu 'tempat' untuk korang 'parking' korang punye web tu.
Cara die, right click kat 'Sites' dan pilih 'Add Website'. 'Add Website' punye wizard akan popup keluar dan ada beberapa perkara je korang kene isi.
'Sitename' tu korang isi je pape korang suke nama die.
'Physical path' tu korang point ke folder korang yang dalam 'C:\inetpub\wwwroot' tu.
'Port' tu korang letak la nombor ape ape pun.
Ok bile dah siap, korang click kat 'Sites' tu, die akan kluar list dan salah satunya adalah web yang korang create tadi.
Cara nak tengok die, korang click kat 'Browse' yang aku bulatkan tu..
Ini sebenarnye tak cukup detail lagi, kalu korang try, tak keluar, bole refer kat sini..
http://www.youtube.com/watch?v=eU-VVggY_Vs
Tu saje..
Assalamualaikum...