Monday, 24 November 2014

What is Business Intelligence???

A little intro on Business Intelligence (BI)

Business Intelligence ialah kaedah-kaedah atau alat-alat yang digunakan untuk
menukarkan data yang dikumpulkan kepada maklumat yang berguna untuk 
kegunaan bisnes. 


Apa beza 'data' dengan 'maklumat'??


'Data' ini berbentuk kasar, tidak disusun dan perlu diproses.

Contoh : data pencapaian setiap murid dalam kelas 5Bestari.
              Ali dapat 85 dalam subjek Matematik,
              Abu dapat 79 dalam subjek Matematik.

'Maklumat' ini berbentuk data yang telah diproses dan disusun untuk memenuhi sebarang permintaan.

Contoh : Murid kelas 5Bestari yang mendapat markah paling tinggi, purata markah yang diperolehi oleh murid 5Bestari dalam subjek Matematik.

Ok, untuk memahami apa yang dimaksudkan dalam pengenalan Business Intelligence tu, kita bahagikan maksud dia kepada 3 bahagian.

" kaedah-kaedah atau alat-alat yang digunakan untuk
menukarkan data yang dikumpulkan kepada maklumat yang berguna  
untuk kegunaan bisnes "

Dalam business, maklumat-maklumat yang diproses ini amat penting untuk mengetahui apa yang terjadi pada peringkat masa berikut :
  1. Rekod masa lalu.
  2. Situasi sekarang.
  3. Jangkaan masa hadapan.

 Apa kepentingan ketiga-tiga masa ini?

Dalam business, ketiga-tiga masa ini memainkan peranan yang penting untuk melakukan keputusan (decision making). 

Decision Maker perlu mengetahui apa yang berlaku pada masa lalu supaya apa yang diputuskan pada hari ini tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

Decision Maker perlu mengetahui apa yang dijangka akan berlaku pada masa hadapan supaya dapat bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. 


Komponen Business Intelligence

Kompenen Business Intelligence terbahagi kepada 3 bahagian:
  1. Data
  2. Collective tools
  3. Processing tools
  4. Presenting tools
1. Data
    - Apa-apa data sama ada dalam bentuk nombor, alphabet dan sebagainya.


2. Collective tools
    - Alat yang digunakan untuk mengumpul data-data yang diperlukan, 
      contoh : hardcopy (kertas), softcopy (excel, pdf) dan sebagainya.

3. Processing tools
    - Alat yang digunakan untuk mengolah(process) data yang diperolehi 
      kepada maklumat yang berguna.
      contoh : microsoft excel dan sebagainya

4. Presenting tools
    - Alat yang digunakan untuk membentangkan(present) hasil dari data yang 
      telah diolah.
      contoh : microsoft powerpoint, graph dan sebagainya.

Ok, punya rancak cerita pasal data yang diolah tu, tertanya-tanya lak, siapa
yang nak tengok hasil tu? apa guna Business Intelligence tu?

Fungsi Business Intelligence

  1. Business performance management
  2. Predictive analytics
  3. Reporting
  4. Decisiom making process
1. Busieness performance management
    - Setiap bulan sebagai contoh, bos kita nak tengok macam mana sale 
      performance kita, so dari BI ni dia boleh tengok performance anak-anak
      buah dia, menaik ke, menurun ke sale.

2. Predictive analytics
    - Dari maklumat BI, kita boleh tengok trend untuk setiap apa yang terjadi, 
      harga makin menaik ke, permintaan tinggi ke tak untuk masa datang. So 
      kita boleh predict untuk apa akan jadi pada masa akan datang.

3. Reporting
    - Adalah lebih mudah kalu kita boleh tunjukkan apa yang berlaku dalam
      sebulan (sebagai contoh) kepada bos kita dalam bentuk graph atau carta pi,
      tak kan kita nak tunjuk nombor-nombor kat bos, pening pale bos nak 
      tongok kan?

4. Decision making process
    - Kalu kita nak buat keputusan apa yang kita nak jual atau jualan mana yang
       perlu kita beri lebih perhatian, kita mesti merujuk kepada sesuatu kan? 
      Sesuatu yang menyokong kepada keputusan yang kita buat tu betol? So
      sesuatu yang kita rujuk itu ialah graph, carta pi betol? Itu adalah hasil dari 
      BI jugak. So BI berfungsi dalam kita untuk membuat keputusan. 


Rasanya cukup kot setakat ni dulu..

Kalu ada yang nak dijelaskan atau dihuraikan, sila komen kat bawah ye,
nanti insyallah brader cipun jelaskan...

Sekian..

Friday, 14 November 2014

Hidup sepuas-puasnya..

Lama x bercerita dalam ni...
Hai and assalam..

Bunyi macam rakus jer kan tajuk die,'Hidup sepuas-puasnya'..
Ramai yang stress keje, balik keje pun stress pasal rumah plak kan,
ok so nak share cket pasal macam mana nak relax and enjoy dalam 
kehidupan seharian kita. Tak perlu duit banyak, x perlu amal gaya hidup mewah, just simple step.

Nak hidup tanpa fikirkan stress memang impossible la kan, dengan serabut masalah keje, harga barang mahal, masa tak cukup dan sebagainya
TAPI tak semestinya kita tak dapat nak cari keseronokan hidup tu..

Alaa duit banyak boleh la seronok, nak apa semua boleh beli..SALAH.. :-)

Macam mana nak seronok?

1. Bangun pagi macam biasa solat ap semua, then relax, duduk dulu pastu 
try termenung sekejap... i am alive today!! tak mati lagi...kan seronok kita hidup lagi untuk hari ni..

2. Siap2 nak g keje, jangan kelam kabut, enjoy masa mandi tu, feel the cold 
of the water, kalu pakai water heater tu jangan stress, asal ak tak leh rasa 
cold of the water ni..hahaha

3. Pakai baju and tengok kat cermin...senyum and cakap, hensem/cantik 
jugak aku arini..(jangan lupa syukur)

4. Pergi ke kereta, start enjin kereta then pasang radio sementara nak tunggu enjin panas..relax, sandar kat kerusi then tutup mata...dengar je apa DJ tu melalut sambil senyum..enjoy dengan muzik yang dimainkan..pastu g 
keje la, jangan tido dalam kete tu plak hahaha

5. Balik keje, masuk rumah (bagi salam dulu, x kisah la ada orang ke tak).. letak semua barang kerja, then duduk bersandar..tarik nafas dalam2 and hembus...then cakap dalam hati,'habis dah sehari di pejabat'...senyum and 
jangan lupa syukur..

6. Grab some food pastu duduk menghadap makanan tu sambil senyum...
cakap kat diri sendiri,'bestnye dapat makan lepas seharian kerja kat opis'...jangan lupa terima kasih kpd pemberi rezeki..

7. Baring untuk tidur, baring, mata tengok syiling..tarik nafas dalam2 dan
hembus...cakap kat diri sendiri,'one day down, tomorrow to go'...then sleep..

See... tak kelam kabut, tak terkejar2 sana sini, tak perlu duit banyak pun...
set otak supaya relax baru kite akan tenang jer...

Selamat mencuba!! hehe

Wednesday, 8 October 2014

Apa itu MVC??

A little intro on MVC 

MVC ialah singkatan untuk Model, View dan Controller

Kenapa dinamakan MVC?? 
MVC ialah satu bentuk penyusunan coding (architechtural pattern) yang digunakan untuk memisahkan  applikasi simpanan (storing), paparan (displaying) dan kemas kini (update).

Sebelum masuk lebih lanjut, jom kite kenal dulu apa itu Model, View dan Controller.

Model - menguruskan data yang trdapat dalam application domain, memberi respond kepada request yang datang daripada View dan memberi respond kepada perubahan seperti yang diperlukan daripada Controller.

View - menguruskan segala bentuk paparan (View), lebih kepada interface.

Controller - menguruskan segala input (mouse input, keyborad input), memberitahu kepada  Model tentang segala input yang diberikan oleh user untuk dilakukan sebarang perubahan.

Apabila kita create satu web application yang menggunakan MVC, secara automatik visual studio akan create satu folder untuk kita yang mengandungi folder-folder yang macam ni..
 Model, View dan controller masing-masing ada folder sendiri.
Jika ada yang pernah create web application, pasti korang biasa dengan file yang format xxx.aspx, xxx.aspx.cs.

Kalu dalam web application biasa (ASP.NET webform), dia letakkan sekali file yang format aspx dan aspx.cs

Dalam MVC (ASP.NET MVC) ini, 

file yang format .aspx tu dia letak dalam folder view, format dia xxxx.cshtml
antara format yang ada dalam folder view, 
  • .htm or .html
  • .asp
  • .aspx
  • .cshtml
  • .vbhtml 
 
file yang format .aspx.cs tu pulak dia letak dalam folder controller, format dia xxxxController.cs



Dalam MVC pattern ni, dia ada 2 jenis model iaitu passive model & active model.

Figure 1 Passive model
figure 2 Active model




Passive modelActive model
Controller modified model then inform viewModel change state without influence by controller
Model no need to report changes to view (independent)Model need to notify view about any changes (dependent)
No need to use observer interfaceNeed to use observer interface


MVC digunakan untuk mengelak indepency bagi setiap view dengan model.

Jika diperhatikan, dalam active model, view dengan model masih dependent antara satu sama lain.

Untuk mengelakkan dari kebergantungan model terhadap view, observer interface diperkenalkan untuk active model SAHAJA!!

Passive model tak perlu observer interface sebab model dengan view  memang independant.

Sekian sahaja untuk kali ini, nanti kita share lagi, harap ada input untuk korang bagi entry kali ini..

Assalam..





Friday, 26 September 2014

Apa itu SYSTEM ENGINEER???

SYSTEM ENGINEER tu ape ekk??? 

Soalan yang paling blurr sekali bile nak jawab, ialah bila orang tanya, kerja apa?
Sebab apa jadi blurr? sebab next soalan mesti, apa tu? kerja macam mana tu?

System Engineer, profession kejuruteraan yang jarang dilihat sebagai satu peluang pekerjaan. Kenapa?
sebab orang tak nampak keterampilan dia di dalam kehidupan seharian. Tapi kalu sebut Engineer, orang nampak satu je, engineer yang duk bawa pelan lukisan, melawat site pembinaan, pakai safety helmet dengan kemeja sambil buka pelan lukisan and tunjuk-tunjuk bangunan yang sedang dibina. hahaha tu memang apa yang ditunjukkan kepada kita melalui rancangan television.

 So apa Sytem Engineer ni?


System engineer ialah pekerjaan yang melibatkan banyak sektor yang lain contohnya, bahagian sumber manusia, pengurusan projek, bahagian sales dan marketing, dan sebagainya.

Apa peranan system engineer? 


Peranan system engineer sama dengan peranan engineer yang lain iaitu memudahkan urusan pekerjaan orang lain.

Macam mana?? 


Ok, contoh dalam pengurusan sumber manusia (HR), macam mana nak memudahkan kerja diowg? nak lihat file seseorang pekerja, kene cari file pekerja tu dalam almari, ok kalu die susun dalam alphabet senang la sikit kan, da jumpe alphabet die, selak satu satu untuk tengok nama staff tu, nama pulak sama, kena tengok nama bapak pulak, tu baru sorang, kalu ramai pekerja dia nak check, tak ke gila orang HR tu hahaha

Ok, peranan system engineer ni (peranan kecil) ialah macam mana nak create satu system yang bilamana bahagian sumber manusia ni nak tengok file seseorang pekerja tu, dia just taip nama penuh staff tu dalam komputer dan boom!! keluar semua maklumat staff tu.

So system engineer ni dia bergelumang dengan proses kerja orang lain, workflow, risk management, kena fikir macam mana nak optimize kan system yang sedia ad dan kadang-kadang dia jugak terlibat dengan technical person..

System engineer ialah satu profession yang menarik dan patut mendapat tempat di hati para pelajar yang bakal memasuki alam universiti dan seterusnya menjadikan ia sebagai satu kerjaya.

Sekian.

Tuesday, 2 September 2014

How to allow other machines in the same network to access our site

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak share tentang 1 lagi masalah and solution yang kita boleh try.

Ok, bila kita dah siap create satu web or system, then kita nak other machine connect to the system (pc kita act as server to the system). masalah dia adalah other machine tu tak dapat connect dengan pc kita.

Oryte ni solution yang aku jumpa la, buat sape2 yang still tak boleh solve, harap entry ni membantu.

Baik, step dia mudah saje.

1. go to window firewall > Advance setting.
2. click kat Inbound Rule (ada kat belah kiri atas) > Action (ada kat belah kanan) > New Rule.
3. click kat Predifined (radio button) > World Wide Web Services (HTTP) (dropdown list) > next.
4. thick kat box 'World Wide Web (HTTP)' (checkbox) > next.
5. untuk setiap step seterusnya,click 'allow the connection' dan next je sampai habis.

Make sure nombor port tu same dengan no port yang korang assign kat IIS. 

So korang bole la try gune pc lain and try to access kepada system yang korang dah deploy kat IIS.

Harap membantu kepada yang still mencari solution tu.

Adios!! Selamat mencuba!!