Assalamualaikum..
Hari ini aku rasa nak share dengan korang macam mana nak deploy web application/system yang korang dah create, ke server. Ini basic dan cara paling simple kot aku rasa.
Langkah pertama dan paling mudah, korang copy folder yang ada file-file yang berkenaan dengan system korang tu ke 'C:\inetpub\wwwroot'. Folder 'inetpub' ni automatik akan create dalam Drive C korang sebaik sahaja korang install Internet Information Services (IIS).
Langkah kedua, click windows button kat penjuru bawah kiri screen korang tu dan taip 'IIS'. Lepas tu click kat 'Internet Information Services Manager'. Screen die lebih kurang macam ni la..
Ok, korang kene create satu 'tempat' untuk korang 'parking' korang punye web tu.
Cara die, right click kat 'Sites' dan pilih 'Add Website'. 'Add Website' punye wizard akan popup keluar dan ada beberapa perkara je korang kene isi.
'Sitename' tu korang isi je pape korang suke nama die.
'Physical path' tu korang point ke folder korang yang dalam 'C:\inetpub\wwwroot' tu.
'Port' tu korang letak la nombor ape ape pun.
Ok bile dah siap, korang click kat 'Sites' tu, die akan kluar list dan salah satunya adalah web yang korang create tadi.
Cara nak tengok die, korang click kat 'Browse' yang aku bulatkan tu..
Ini sebenarnye tak cukup detail lagi, kalu korang try, tak keluar, bole refer kat sini..
http://www.youtube.com/watch?v=eU-VVggY_Vs
Tu saje..
Assalamualaikum...