Assamlamualaikum..
Entry aku pada kali ini, aku nak cerita pasal 'terima kasih'..
Cerita bermula apabila aku dalam perjalanan pulang ke Serdang,Kedah. Aku nak naik bas dari Parit Buntar ke Serdang,Kedah. bas ke Serdang cuma Mara je yang beroperasi,takde syarikat bas lain yang bawa ke Serdang. orang sana panggil 'bas loncat' hehe
Aku pun naik bas mara tu, time tu dah pukul 2 lebih, so bebudak sekolah pun ramai la yang nak naik bas untuk balik ke rumah. Driver bas macam biasa la, kalu dah ramai sangat, die pun tension la, asyik nak marah jer, budak sekolah pulak kalau dah naik bas reramai, mane reti diam, banyak pulak cerita diowg.
So bas pun kejap2 berhenti untuk turunkan penumpang, pintu bas mara ni ada dua, satu kat depan, satu kat tengah, pintu yang tengah tu rosak, tak boleh bukak, yang bebudak ni pun, dah tau rosak, tunggu jugak pintu tu terbukak bile bas berhenti, yang driver ni bengang la asyik kene bagitau setiap kali bas berhenti, 'pintu tengah tu rosak, turun depan'.
Dah penat duk ulang ayat yang sama, nak dijadikan cerita, bas tu berhenti untuk turunkan penumpang tapi takde orang yang ke depan untuk turun bas, driver ni assume bebudak ni tunggu pintu tengah tu bukak la, die tinggikan suara la, 'pintu tengah tu rosak, brape kali nak cakap!!'
Rupa-rupanya, yang nak turun tu mak cik,dengan beg sayur die, jalan bongkok sambil pegang kerusi sebab die tak brape stabil nak jalan, sebelum turun tu, mak cik tu cakap 'terima kasih' kat driver tu, dengan suara yang lembut driver tu jawab 'sama-sama mak cik,jalan elok2'..
Nampak tak, ucapan terima kasih tu amat bermakna hinggakan boleh melembutkan hati orang yang tengah panas, kenapa driver tu tak marah? sebab ucapan tu buat die rasa dihargai, die penat, tension tapi stiap kali bas berhenti dan penumpang turun, takde pun ucapan terima kasih untuk dia, dengan ucapan terima kasih jer, hati die tenang, cakap pun boleh lembut. walaupun tugas atau peranan seseorang tu nampak kecil di mata masyarakat, tapi die tetap seorang manusia yang punya rasa untuk dihargai.
Cuba2 lah untuk amalkan ucapan 'terima kasih' ni dan tengok apa kesan dia dalam kehidupan korang semua, mesti ramai orang suka dan memudahkan urusan harian korang. Simple jer, cume 2 perkataan, 'terima kasih'.
wassalam...
No comments:
Post a Comment