Sunday, 25 May 2014

Menarik tentang Maldive

Assalamualaikum..

Baru-baru ini, aku pergi ke Festival Belia yang diadakan di Putrajaya. Festival ini berlangsung pada 23-25 Feb 2014 tak silap aku. Festival ini juga berlangsung seiring dengan penganjuran JomHeboh di Putrajaya.

Banyak aktiviti yang dijalankan di festival tersebut seperti pertandingan BMX, skateboard, pertunjukan dari persatuan pengakap dan sebagainya. Banyak khemah-khemah yang didirikan untuk pnyertaan dari negara luar juga.

Apa yang menarik perhatian aku ialah khemah International Youth Carnival. Dalam tu banyak la penyertaan belia dari negara luar dengan mempamirkan kebudayaan dan adat mereka di sana. Aku tertarik dengan satu booth ni, datang dari satu negara, Maldive namanya.
aku sempat berborak dengan belia yang mewakili Maldives tentang negaranya.

Maldives ini sebuah negara kepulauan yang terletak di barat daya India. Negara yang berpopulasi sekitar 300 ribu penduduk yang beribu negara di Male ini mempunyai daya tarikan dari segi keindahan pulaunya. Maldives terdiri daripada 1390 pulau di sekelilingnya dan hanya 200 pulau sahaja yang berpenghuni.

Rakyat Maldives bertutur dengan satu bahasa sahaja tetapi mempunyai empat dialek. Dialek itu pula terbahagi mengikut empat bahagian negara tersebut iaitu dari utara ke selatan. Bahagian Maldives yang pesat membangun ialah di bahagian tengah Maldives di mana terletaknya ibu negara Maldives iaitu Male. Seperti Kuala Lumpur (mengikut apa yang dinyatakan oleh wakil Maldives ), Male menjadi tumpuan oleh rakyat Maldives untuk mencari rezeki dan peluang pekerjaan. Hampir 100% penduduk Maldives adalah beragama Islam!

Makanan orang-orang Maldives hampir sama dengan kaum India di Malaysia seperti maruku dan sebagainya. Paling menarik, pulau-pulau di Maldives sangat cantik!!

Adalah sesuatu yang menarik bila kita bertemu dengan orang luar dan berbicara tentang negara masing-masing dan berkongsi ilmu tentangnya...

Sumber : http://www.mymaldives.com/ 

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment