Monday, 8 June 2015

Concept of OOPs

OOP (Obejct-Oriented Programming) 

Apa itu Object-Oriented Programming??? Kalau kita lihat dari segi bahasa,
literally, obejct-oriented tu da jelas yang ianya ialah sejenis program yang
berasaskan object. 
Rujukan : http://searchsoa.techtarget.com/definition/object-oriented-programming

Apa kena-mengena program dan objek???

Begini, untuk menghasilkan sesuatu program, kita memerlukan 3 struktur 
untuk melengkapkannya iaitu, input, process and output. 
Dimana "objek" yang kita bincangkan dari maksud object-oriented td?
Objek yang kita bincangkan tadi ialah input.

Object-Oriented Programming memfokuskan yang mana/apa itu input,
dan bagaimana setiap input ini berhubung dengan input-input yang lain. 
Bagaimana input-input ini berhubung pula dipanggil method.
 
Process ini amat penting kerana : 

    a. memudahkan process untuk memecahkan setiap input ini ke class 
        masing2, seterusnya untuk membahagikan setiap class ini kepada
        subclass dimana setiap subclass ini ada persamaan/perkongsian
        untuk sesetengah/kesemua attribute.

    b. salah satu cara dalam mengemaskan coding dan faktor keselamatan,
        dimana coding yang perlu sahaja akan run, sementara coding yang 
        tidak perlu, akan disembunyikan.

    c. setiap class yang ada bersifat kitar semula, bermaksud, setiap class
        yang ada boleh digunakan oleh program yang lain jika ianya 
        bersesuaian.

    d. memudahkan programmer kerana programmer bebas untuk 
        menghasilkan sebarang data type walaupun data type itu belum 
        didaftarkan di dalam language yang programmer gunakan.

Setiap objek mempunyai ciri2 yang tersendiri, ciri2 yang terdapat bagi 
sesuatu objek ini dipanggil attribute
Di sekeliling kita, banyak benda yangkita boleh ambil contoh sebagai objek
seperti, kerusi, meja, laptop dan sebagainya. Attribute untuk setiap objek ini
pula, apa contohnya???
Baiklah, kerusi sebagai contoh, apa attribute nya? ketinggiannya, 
lebar, panjang, diperbuat daripada apa, berapa bilangan kakinya dan
sebagainya.

Apakah term2 yang selalu digunakan dalam Object-Oriented Programming ni?
  • Attribute
  • Class
  • Class Hierarchy
  • Constructor
  • Data Type
  • Dot Operation
  • Enumeration
  • Inheritance
  • Instance
  • Namespace 
Antara progrmming language yang popular menggunakan OOP ialah :
  1. Java
  2. Python
  3. C++
  4. Visual Basic.NET
  5. Ruby
Object-Oriented Programming vs Structures Programming





 Jika dilihat Structure Programming (SP) lebih simple kan? betul dan ianya lebih menjimatkan masa kerana proses menghasilkannya lebih cepat tanpa perlu
memikirkan design dan sebagainya. Dalam penghasilan Structure Programming,
ia lebih memfokuskan kemana data ini akan pergi selepas ini, siapa yang
akan memproses data ini, kemudian ia dihantar kemana. oleh itu ia lebih  
simple dan mudah dihasilkan.

Manakala OOP lebih rumit. Setiap satu input data itu dianggap sebagai satu 
objek dan objek2 ini perlu dikaitkan antara objek yang lain untuk menghasilkan 
data structure yang lengkap. Bagaimana data2 ini diambil dan bagaimana 
untuk memaparkannya juga diambil kira, oleh itu penghasilan OOP ini lebih 
rumit tetapi lebih menyeluruh.

Tetapi SP tidak sesuai untuk program yang berskala besar kerana logic nya
lebih straight forward, berbanding dengan OOP yang boleh diadaptasi 
mengikut kesesuaian kerana OOP bercirikan objek, maka lebih mudah bagi 
OOP untuk mengubah kesesuaian logiknya mengikut kehendak pengguna.


Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka
okey,sekian....







No comments:

Post a Comment