Monday, 22 June 2015

Memancing Di Kelong

Hari ni Brader Cipun nak cerita pasal trip memancing yang Brader Cipun join.
Saje la coret-coret kat sini wakaka...

Brader Cipun tak pernah memancing laut (laut ke ape orang panggil tak tau la),
sebab Brader Cipun tengok macam laut, Brader Cipun cakap la memancing
laut haha.

So sebab tak pernah memancing laut, sekali kawan opis ajak, Brader Cipun
pun bersetujulah join trip diorang. Nak cari pengalaman orang kate. 
Trip ktorg kejap je, start malam, pagi esok balik. Tempat yang ktorg nak 
memancing ni orang panggil 'kelong', tak tau la memang orang panggil 
'kelong' ke or bahasa setempat je 'kelong' tu hehe 
kelong tu dekat klang, klang kat mana tu tak tau la hahaha tapi dekat macam 
kuala sungai jugak la...

so sebelum kitorg pagi ke kelong petang tu, ktorg cari umpan dulu. Kawan
Brader Cipun cakap umpan untuk memancing air masin ni lain cket dengan 
air tawar. Dah jenis air pun lain kan, umpan pun mesti la lain hehe

So ktorg cari umpan umpun-umpun, udang hidup, udang mati & ikan kembung.
Brader cipun pelik banyak sangat jenis umpan ni, rase macam pro plak wakaka
Bile di tanya kenapa banyak jenis umpan, baru Brader Cipun tau kenapa.
Antara sebab kenapa banyak jenis umpan sebab 
1. keadaan air (pasang/surut/mati)
    - (air pun ada mati haha) air mati maksudnya air tak gerak, air benak kot
      setengah orang paggil, Brader Cipun pun tak tau sangat hehe
2. Jenis ikan

Malangnya umpun-umpun tak ada huhu takpe, umpan lain ada, kita go on 
saje. Sampai jeti, ktorg punggah barang masuk bot dan menuju ke kelong 
ktorg. Agak hujung jgak la kelong ktorg.

Jeti Teluk Gong (kalu tak silap Brader Cipun laa)

Siap punggah barang sume, jumpa umpun-umpun lebihan dari orang yang
mancing sebelum ktorg, memang rezeki la. Dapat umpun-umpun free.

Baru sampai

Sebelum start, kene buat kelas dulu. Kelas ikat mata kail, kekili dan ladung.
hahahaha sebab dia antara ktorg ni ada yang tak tau cara nak ikat mata kail, kekili dan ladung. Brader Cipun join belajar nak ikat 'perambut' je, mata kail, kekili dan ladung setel, sama je macam mancing air tawar. Cuma 'perambut'
ni Brader Cipun tak pernah buat, tu yang Brader Cipun tertarik nak belajar.

Setel semua, ktorg pun start la memancing, pesan kawan Brader Cipun,
jangan pakai umpan udang hidup sebab air pasang, arus kuat, so ktorg ikut 
la nasihat beliau. ktorg pakai la umpun-umpun 'free' tu & udang mati. 


bahagian depan kelong

Pintu belakang/dapur kelong

Koridor/keliling kelong

Umpun-umpun ni memang masalah besar sebab Brader Cipun tengok macam 
lintah. Lemah betul nak pegang, lepas beberapa jam baru berani pegang, tu pun lepas cubaan yang ke berapa ratus entah hahahaha

Dalam 2 pagi baru start ikan naik, lepas sorang, sorang naik ikan. Kemain 
rancak, Brader Cipun nengok aje lerr, pancing takde. setakat pancing tasik n puyu tu, segan plak nak bawa haha so Brader Cipun tolong jage joran diorg je 
la hehehe

Dalam kul 4 pagi tu air dah 'mati', ktorg terus tukar umpan udang hidup. 
Perghhh dia punya pesta memang terbaik, kemain ikan menyambar-nyambar 
memang syiookk.

Dah masuk kul 5 pagi tu, air dah start surut balik, arus laju balik, so tak sesuai 
dah nak pakai umpan udang hidup. Tukar umpun-umpun balik, kerancakkan 
pun berkurangan hehe

Lepas subuh, semua hentam tido hahaha dalam pukul 8 pagi ktorg kemas 
barang nak balik, hari pun macam nak hujan. 
suasana pagi di kelong

suasana pagi di kelong

Hari nak hujan oiiiii

Ikan cantik yang buat Brader Cipun geram

Hasil dia memang terbaik sebagai permulaan mancing air masin ni. 
Sampai jeti, pekena roti canai.  Zoommm balik.

Hasil hari ni

Hasil hari ni

Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka
okey,sekian....

No comments:

Post a Comment