Monday, 8 June 2015

Concept of OOPs

OOP (Obejct-Oriented Programming) 

Apa itu Object-Oriented Programming??? Kalau kita lihat dari segi bahasa,
literally, obejct-oriented tu da jelas yang ianya ialah sejenis program yang
berasaskan object. 
Rujukan : http://searchsoa.techtarget.com/definition/object-oriented-programming

Apa kena-mengena program dan objek???

Begini, untuk menghasilkan sesuatu program, kita memerlukan 3 struktur 
untuk melengkapkannya iaitu, input, process and output. 
Dimana "objek" yang kita bincangkan dari maksud object-oriented td?
Objek yang kita bincangkan tadi ialah input.

Object-Oriented Programming memfokuskan yang mana/apa itu input,
dan bagaimana setiap input ini berhubung dengan input-input yang lain. 
Bagaimana input-input ini berhubung pula dipanggil method.
 
Process ini amat penting kerana : 

    a. memudahkan process untuk memecahkan setiap input ini ke class 
        masing2, seterusnya untuk membahagikan setiap class ini kepada
        subclass dimana setiap subclass ini ada persamaan/perkongsian
        untuk sesetengah/kesemua attribute.

    b. salah satu cara dalam mengemaskan coding dan faktor keselamatan,
        dimana coding yang perlu sahaja akan run, sementara coding yang 
        tidak perlu, akan disembunyikan.

    c. setiap class yang ada bersifat kitar semula, bermaksud, setiap class
        yang ada boleh digunakan oleh program yang lain jika ianya 
        bersesuaian.

    d. memudahkan programmer kerana programmer bebas untuk 
        menghasilkan sebarang data type walaupun data type itu belum 
        didaftarkan di dalam language yang programmer gunakan.

Setiap objek mempunyai ciri2 yang tersendiri, ciri2 yang terdapat bagi 
sesuatu objek ini dipanggil attribute
Di sekeliling kita, banyak benda yangkita boleh ambil contoh sebagai objek
seperti, kerusi, meja, laptop dan sebagainya. Attribute untuk setiap objek ini
pula, apa contohnya???
Baiklah, kerusi sebagai contoh, apa attribute nya? ketinggiannya, 
lebar, panjang, diperbuat daripada apa, berapa bilangan kakinya dan
sebagainya.

Apakah term2 yang selalu digunakan dalam Object-Oriented Programming ni?
  • Attribute
  • Class
  • Class Hierarchy
  • Constructor
  • Data Type
  • Dot Operation
  • Enumeration
  • Inheritance
  • Instance
  • Namespace 
Antara progrmming language yang popular menggunakan OOP ialah :
  1. Java
  2. Python
  3. C++
  4. Visual Basic.NET
  5. Ruby
Object-Oriented Programming vs Structures Programming





 Jika dilihat Structure Programming (SP) lebih simple kan? betul dan ianya lebih menjimatkan masa kerana proses menghasilkannya lebih cepat tanpa perlu
memikirkan design dan sebagainya. Dalam penghasilan Structure Programming,
ia lebih memfokuskan kemana data ini akan pergi selepas ini, siapa yang
akan memproses data ini, kemudian ia dihantar kemana. oleh itu ia lebih  
simple dan mudah dihasilkan.

Manakala OOP lebih rumit. Setiap satu input data itu dianggap sebagai satu 
objek dan objek2 ini perlu dikaitkan antara objek yang lain untuk menghasilkan 
data structure yang lengkap. Bagaimana data2 ini diambil dan bagaimana 
untuk memaparkannya juga diambil kira, oleh itu penghasilan OOP ini lebih 
rumit tetapi lebih menyeluruh.

Tetapi SP tidak sesuai untuk program yang berskala besar kerana logic nya
lebih straight forward, berbanding dengan OOP yang boleh diadaptasi 
mengikut kesesuaian kerana OOP bercirikan objek, maka lebih mudah bagi 
OOP untuk mengubah kesesuaian logiknya mengikut kehendak pengguna.


Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka
okey,sekian....







Wednesday, 20 May 2015

Biasakan Yang Betul,Betulkan Yang Biasa

Tajuk ni Brader Cipun dapat bila teringat balik pasal satu video kat 
facebook...

Video tu berkenaan dengan sorang pemandu dan kawan die( yang merakam )
video tu title die "Pemandu kurang ajar"...

Brader Cipun bukan nak rewind balik apa yang video tu tunjuk tapi nak amik 
isi dia untuk kita renungkan bersama. Bukan apa sebab ramai sangat rakyat 
Malaysia ni yang da biasa buat bende yang salah hingga merasakan 
benda tu betul.
Itu memang sesuatu yang bahaya untuk kesejahteraan masyarakat..
Wahh amik kau, cakap macam ketua kampung plak hahaha

Baik lah, kita create satu situasi...
Suatu hari, korang nak cucuk duet kat ATM,
korang pun beratur la kann, dah nak cucuk duet xkan xnak beratur..
Tibe2 datang sorang mamat ni,cakap, "bang boleh saya masuk depan abang?"
Agak3 korang, korang bagi x? Bagi la kan,dah orang mintak cara elok.

Pastu datang lagi sorang, cakap dengan brader depan korang tadi,
"bang, boleh saya masuk depan abang?",
agak2 korang, dia nak bagi x? Bagi la kan,tadi pun die mintak laluan, 
orang ( korang ) bagi...

Then process tu berulang sampai korang sndri x sampai2 kat mesin ATM tu,
agak2 korang, kalu ada orang datang lagi and mintak laluan depan korang,
korang bagi tak?? haha Brader Cipun tak nak jawab, korang jawab la 
sendiri..

Situasi ke-dua,
korang naik kereta berhenti kat trafic light, beratur panjang ni..
bila hijau, tiba2 lane kiri korang penuh kereta memotong ke depan,
then diorang bagi signal untuk masuk ke kanan, agak2 korang pemandu ni 
kurang ajar x?
Ada jawab, 
"xlah, kira ok la tu dia bagi signal dah nak masuk"
"bagi je la masuk, dah dia bagi signal"
"jangan la penting diri sangat, orang mintak laluan dah tu"
"tak payah guna jalan raya la kalau tak reti nak bertimbang rasa"

Brader Cipun tak cakap sape salah sape betul TAPI...haa ada tapi dia
Cuba korang pikir, kita perlu beratur,betul?
macam nak cucuk duet kat ATM, kita beratur,betul?
then kalu ada orang tiba2 nak masuk lane kita, sedangkan kita dah beratur 
panjang dari belakang tadi, then kita tak bagi, siapa yang penting diri?
kita yang tak bagi laluan ni penting diri ke? OR
orang yang mintak laluan tu, yang tak heran pun untuk beratur macam orang
lain,laju je dari belakang and dengan BERSOPAN SANTUN NYA memberi signal
and masuk depan kita...

Bertimbang rasa lah sikit...orang cakap cmtu...
cuba fikir, pemandu tu tak heran pun pemandu2 yang lain, yang beratur
dari belakang tu, die just nak cepat sebab da lambat nak pergi kerja..
So siapa yang penting diri???
perlu ke kita bertimbang rasa kepada pemandu yang macam ni?? 
yang tak heran pun pemandu lain yang turut sama lambat ke tempat kerja
tapi bole je beratur ikut lane...

Maybe ramai yang cakap, kira ok la dia da bagi signal...
TAPI berapa ramai yang nampak dia dah break rule yang pertama, 
BERATUR..
Orang tak perasan sebab orang kita dah BIASA DENGAN BENDA TAK BETUL..

Beratur la macam orang lain, kalu nak sampai tempat kerja on time,
bangun la awal, bertolak awal..
kalu bangun pun da lambat, terima la nasib yang korang akan sampai opis
lambat, jangan jadi pemandu yang SOPAN DALAM BIADAP..

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA...

Okeylah penat Brader Cipun membebel, pape pun macam biasa,
ruang komen kat bawah tu free untuk korang komen pape yang korang suka
okey,sekian....




Monday, 12 January 2015

Grilled Beef Steak



Semalam Brader Cipun teringin sangat nak makan grill beef, so apa lagi...Masuk dapur, berperang la dengan segala kuali, periuk belanga bagai hahaha
Berejam jgak la nak tunggu daging tu defrost haha pukul 9 malam baru keluarkan daging dari peti, memang keras macam batu la haha tapi mengidam punya pasal, tunggu jugak...

Brader Cipun memang suka makan daging, tak kisah la sup daging ke, kari daging ke, kurma daging ke, asalkan daging jer, perghhhh berkocak nafsu makan ni bahaha... 

So lepas ais da defrost, bawa keluar bahan untuk perap daging...tapi... before tu kene toskan daging tu dengan garam, sebab dia, nak bagi air dari daging tu keluar, jangan letak garam banyak sangat, kang daging korang masin, laki or mak korang komen negatif, jangan cari Brader Cipun pulak hahaha
Sementara tunggu daging tu kering airnye, kita prepare dulu bahan2 untuk perap daging tu.. Apa baha2nya? senang je haa...lada hitam, sos tiram dan sedikit gula.. lada hitam tu blender la dulu kasi halus, kang korang letak sebiji2 tu, mak mertua makan kang, hangin satu badan tergigit lada tu bahaha

Bereh, da siap blender lada hitam tu, kita amik daging yang kita tos dengan garam tadi, kita taburkan lada hitam tu sesedap rasa...Tapi.....sebelum tu, korang buang2 sikit la lebihan garam yang kat daging tu...Ok, lumurkan daging dengan lada hitam tu, pastu campur sikit sos tiram, mandikan daging korang dengan sos tiram and lada tu...perghhh kalu tengok memang geram la kan haha...Tak siap lagi, gula tadi korang nak campak mana? haa campak la sikit dalam daging tu, same jugak, korang gaul-gaulkan daging tu dengan kesemua bahan tadi...woohooo siap, tinggalkan dulu dalam setengah jam...Nak sedap kene peram dalam 1-2 jam tapi Brader Cipun da terliur sangat tengok daging tu, tak boleh tahan hahaha

Setel...skang panaskan pan korang..Nak senang grill daging ni, buat dalam pan la sebab die leper, kalu dalam kuali kang air daging n minyak tu bertakung, tak sedap, jadi macam daging goreng je kang hahaha
Ok, bila pan da panas, korang letak la minyak cket untuk elak die melekat and cepat hangus...Letak la daging korang tu atas pan tu...Ingat api kene kecik and kene rajin flip daging korang tu, jangan biar lama untuk setiap side, baru la daging tu masak dalam tapi luar tak hangit...haaaa renyah kan, tapi nak sedap kene rajin la hahaha

Macam mana nak tau daging korang rare? medium rare? well cooked? Tips dia Brader Cipun nak ajar...

Amik tangan kiri...tengok tapak tangan korang..ok temukan ibu jari dengan jari telunjuk, pastu gune jari telunjuk tangan kanan, tekan daging tangan korang yang berada diantara ibu jari dan tapak tangan, then korang try tekan daging yang korang grill tu, sama tak kelembutan dengan isi jari korang tadi? kalu sama, daging korang RARE, kalu nak MEDIUM RARE pulak, temukan ibu jari dengan jari tengah korang, tekan daging jari korang yang berada diantara ibu jari dengan tapak tangan tu, tu utk medium rare, kalu nak WELL COOKED, ibu jari temukan dengan jari manis...hahahaha faham tak??cuba2...tu care die nak tau daging kita rare, medium rare or well cooked tanpa perlu hiris untuk tengok daging korang tu, kang da hiris, da tak cantik maa...

So bila da siap, JANGAN terus hiris daging korang untuk dihidang....sebab daging yang dah siap grill and masih panas akan keluarkan air bila kita hiris dia...air ni yang buat kita rasa daging tu sedap, kalu da terkeluar airnya, kurang sedap la daging kita nanti....Habis tu macam mana Brader Cipun?? korang kene la rest kan daging tu, tinggalkan daging tu pada suhu bilik selama 2 jam!! tu maksimum la, minimum dia dalam 30 minit pun da ok...Kenapa kene rest kan daging tu Brader Cipun?? sebab bila daging tu tengah panas2, air akan berkumpul di tengah2 daging tu, bila kita rest kan daging tu, air tu akan menyerap balik ke sekitar2 daging tu sampai ke bahagian paling luar, so air die akan sekata, sebab tu kadang2 kita tengok dari luar nampak macam garing tapi dalam dia still pink2 lagi..gitu la caranya nak bagi texture daging tu nampak cantik...

Ok bila da siap hiris, hidang la and makan!! hahaha nak sedap lagi, korang siram sikit dengan madu, layer2 sikit jer...perghhh Brader Cipun kompom rase dia seminggu tak lupe punya hahaha bawah ni Brader Cipun share sikit gambar grilled balck-pepper beef yang Brader Cipun buat hehehe...
Nampak ruangan komen kat bawah tu??tak kene bayar pun kalu korang nak drop komen or whatever, sharing2 lah kite nyerrrr....

Tuesday, 30 December 2014

How is it feel becoming something you don't???

Tajuk ni Brader Cipun dapat idea dari kawan Brader Cipun.
Macam biase kite manusia ni tak pernah lari dari masalah,
So dari apa yang diceritakan, jom kite tengok apa yang boleh 
kite amik pengajaran..
Oopppsss Make it clear...Brader Cipun bukan nak crita tentang 
masalah member Brader Cipun tu, kite share pengajaran die 
okey..

Kenapa kita dilahirkan sebagai bayi??

Kenapa kita dilahirkan sebagai bayi?
Kenapa tak lahir2 jer terus besar/dewasa?

Sebab kita perlu belajar macam mana nak hadapi dunia luar,
dunia yang baru bagi kita yang datang dari alam rahim.


Kenapa bayi kena start meniarap dulu baru boleh merangkak??

Kenapa kalu kita nak berlari, kita kena berdiri dulu?
Tak boleh ke dari duduk terus berlari? tak boleh kan?

Berdiri tu faundation sebelum kita start berlari.
Macam tu la bayi,
Macam tu la kehidupan kita,
Start dengan faundation/asas dulu,
Perkukuhkan asas kita then baru kita boleh proceed dengan phase 
yang seterusnya.

Apa kaitan dengan Tajuk?? hahaha

Hahahaha gini..
Brader Cipun nak point gini..

Kalu kita budak tadika, jangan berlagak(act) macam kita budak 
sekolah rendah. Tak nak main macam budak2 lain,
nak g sekolah dan belajar betul2(konon mcm nak amik UPSR)
taknak tengok kartun macam bebudak yang lain,
kononnya ridiculus, tak matured.
Hello...awak tu tadika keyy..
Main kat sekolah, nanges kat sekolah, nanges taknak g tadika,
tu semua normal sebelum nak adapt dengan keadaan baru.

Kalu kita student U, jangan berlagak(act) macam kita dah berkerjaya,
Fokus sangat belajar sampai tak bersosial dengan kawan2,
Memang kadang2 kita tak dapat nak beli apa kita nak,
Tak dapat pergi tempat yang kita nak,
Tapi tu normal, as a student, tak kan kita nak expect kita boleh
pergi bercuti ke sana, pergi bercuti ke sini, beli itu ini mengikut
kehendak kita.

Kalu kita gaji 2k, jangan berlagak(act) macam kita gaji 5k,
nak beli itu ini, nak pergi kesana kemari.
Normal kalu kita yang bergaji ciput ni tak boleh nak berbelanja
sesuka hati, tengok kemampuan diri la kan.
Terma 'orang lain boleh, kenapa aku tak boleh?',
terma tu nak apply ikut kesesuaian ye,
jangan terjah jer,kang belum cukup bulan,
ko makan maggie jangan nk komplen lak hahaha

Kesan langgar kitaran alam??

Apa jadi kalu kita tetap lawan jugak kitaran alam ni??

contoh budak tadika yang kononnya dia bdak sekolah rendah..
Suatu hari bila dah besar, bile kawan2 crita tentang kelucuan
ketika di zaman tadika, apa kenangan yang dia ada untuk 
diceritakan?? None, sebab??
Dia dulu tak main petang2 dengan kawan2, 
Dia dulu tak tengok kartun macam kawan2 yang lain,
Dia terlalu fokus belajar subjek tadika yang dia rasa kononnya 
macam UPSR bagi dia...
Take it easy buddy, nampak kesan dia??

Contoh student U yang rasa dia macam da berkerjaya...
Bila kawan2 imbau balik cerita zaman study kat U dulu,
apa kenangan yang dia ada?? None, sebab??
Dia dulu fokus buat assignment macam buat kerja opis,
sampai kawan ajak lepak minum pun tak sempat katanya,
Dia dulu tak join kawan2 prank birthday boy/girl,
sebab dia rasa tu perangai tak matured,
Lol, you are student U la wehh, sometimes craziness is like
your twin brother form another mom haha

The point is, you keep loosing your moment of life when you are
busy chasing the next phase of life. 
You loose the life that belongs to you when you try to become
something/someone you don't... 

The Big Question...

How is it feel becoming something you don't?
Jwapannya : You will feel you are nobody in this world, 
chasing bluntly what ahead by ignoring your present. 
That's how it feel.


Kesimpulan


Jangan kita cuba lawan kitaran alam kalau kita tak cukup kuat 

untuk tempuh ranjau dan durinya..
Jika kita memilih untuk melawan kitaran tersebut,
jangan merungut dengan cabaran yang datang,
kalau merungut jugak, maksudnya 
Is was your not-so-long-mistake that you choose before to against 
the circle of law.

Sekian dari Brader Cipun, kalu korang nak share cerita, just email 
to me kayy, kalu Brader Cipun free takde kerja, Brader Cipun baca
and share moral yang cuba korang sampaikan...
Macam biasa, komen kat bawah ni tak perlu bayar untuk korang
komen pape haha

Salam..

Monday, 8 December 2014

Bowling Tournament

Hari Sabtu lepas Brader Cipun join event bowling tournament yang company
Brader Cipun buat.First time join event camni, sebelum ni bukan takde tapi 
tak sempat Brader Cipun nak join.

Kitorang semua ada 4 orang dalam satu team, team Brader Cipun ni 
bukan pandai main pun,join sekadar bagi meriah majlis jerr hehehe 
Kitorang main kat Plaza Alam Sentral.

Registration start dalam pukul 9 pagi tapi macam biasa la, orang cakap start 
kul 9, kul brape la geng2 ni sampai hahaha

tapi tak disalahkan sebab tempat bowling tu tak bukak pun lagi kul 9 tu bahaha
So yang mane datang awal ni lepak dulu kat bawah, ada satu bistro kat 
bawah kat luar. Lepak dulu apa semua then member kat atas roger, da bole
masuk register.
So dengan semangat yang berkobar2 ni, naik untuk daftar hahaha

Diorang ni dari bawah lagi dah main psiko team2 lain hahaha
Belum pape lagi dah psiko, tak boleh blah haha tapi just for fun jerr, saje 
nak bakor hahaha

Lepas setel je registration, semua pergi ke lane masing2, semua da kelam 
kabut amik bola siap2 takot nanti bola tak elok.. Brader Cipun tibai je bola apa 
pun janji bole muat masuk jari, main bukan reti pun hahaha

Bab psiko memang tak habis lagi diorg ni hahaha agaknya mula dari bistro 
tadi da officially start kot diorg punya perang saraf ni haha memang 
kecoh nak mampus..
Bila MC bowling tu gtau bole start baling untuk warm-up, sorang pun tak 
baling, kecoh lebih haha Tapi member Brader Cipun ni memang otai, die 
rasmi baling dulu and dia jgak la yang rasmi terduduk kat lantai lane tu haha 
semangat member Brader Cipun ni hahaha 

So start la game kitorg dari kul 10 pagi tu sampai tengah hari. Memang 
fun giler laa..
Team Brader Cipun tak yah citer la, memang target longkang jer bahaha 
tapi bab bahan orang, bahan team lain cukup syiookk lahh hahaha

Event tu habis dalam kul 1 tgah hari, lepas habis bagi hadiah semua, 
kitorang lepak makan dulu then baru kitorang balik.. Apa yang kitorang 
dapat??? Brader Cipun dapat hadiah kene bahan setahun, team Brader 
Cipun yang lain dapat jgak tapi sekejap jer, ada yang seminggu and sebulan..

Pape pun kitorang enjoy the game and event tu mengeratkan lagi 
hubungan silaturrahim antara staff2 semua...Tahniah kepada Team Sport 
& Recreation Club (SRC) yang menjayakan event tersebut..

Sekian..

BTW Brader Cipun bagi link ni untuk yang nak view gambar2 time event kitorang aritu..