Sunday, 25 May 2014

Menarik tentang Maldive

Assalamualaikum..

Baru-baru ini, aku pergi ke Festival Belia yang diadakan di Putrajaya. Festival ini berlangsung pada 23-25 Feb 2014 tak silap aku. Festival ini juga berlangsung seiring dengan penganjuran JomHeboh di Putrajaya.

Banyak aktiviti yang dijalankan di festival tersebut seperti pertandingan BMX, skateboard, pertunjukan dari persatuan pengakap dan sebagainya. Banyak khemah-khemah yang didirikan untuk pnyertaan dari negara luar juga.

Apa yang menarik perhatian aku ialah khemah International Youth Carnival. Dalam tu banyak la penyertaan belia dari negara luar dengan mempamirkan kebudayaan dan adat mereka di sana. Aku tertarik dengan satu booth ni, datang dari satu negara, Maldive namanya.
aku sempat berborak dengan belia yang mewakili Maldives tentang negaranya.

Maldives ini sebuah negara kepulauan yang terletak di barat daya India. Negara yang berpopulasi sekitar 300 ribu penduduk yang beribu negara di Male ini mempunyai daya tarikan dari segi keindahan pulaunya. Maldives terdiri daripada 1390 pulau di sekelilingnya dan hanya 200 pulau sahaja yang berpenghuni.

Rakyat Maldives bertutur dengan satu bahasa sahaja tetapi mempunyai empat dialek. Dialek itu pula terbahagi mengikut empat bahagian negara tersebut iaitu dari utara ke selatan. Bahagian Maldives yang pesat membangun ialah di bahagian tengah Maldives di mana terletaknya ibu negara Maldives iaitu Male. Seperti Kuala Lumpur (mengikut apa yang dinyatakan oleh wakil Maldives ), Male menjadi tumpuan oleh rakyat Maldives untuk mencari rezeki dan peluang pekerjaan. Hampir 100% penduduk Maldives adalah beragama Islam!

Makanan orang-orang Maldives hampir sama dengan kaum India di Malaysia seperti maruku dan sebagainya. Paling menarik, pulau-pulau di Maldives sangat cantik!!

Adalah sesuatu yang menarik bila kita bertemu dengan orang luar dan berbicara tentang negara masing-masing dan berkongsi ilmu tentangnya...

Sumber : http://www.mymaldives.com/ 

Assalamualaikum..

Thursday, 22 May 2014

simple tapi menenangkan

Assalamualaikum...

Baru-baru ni aku pergi ke Port Dickson atas urusan kerja. dah penat kerja, time rehat tu, cari la tempat untuk lepak makan tengah hari, nak lepak kedai mamak, restoran apa semua dah bosan, nak lepak tepi pantai pulak ramai orang, puas la aku dengan member ni duk pusing cari tempat best.

Akhirnya jumpa la satu tempat ni, tepi pantai dan tak ramai orang, agaknye tempat ni terpencil la kot sebab tu orang tak perasan, first aku sampai pun, aku dengan member aku ni ingat kedai ni tak bukak, so kitorang parking dulu dan turun tengok. Ok, kedai dia bukak.

Disebabkan panorama die yang special (sebab aku minat pantai haha), so kitorang pun decide lepak makan situ sementara tunggu habis waktu rehat. Lokasi dia aku tak sure kat mana tapi dekat dengan jabatan laut tak silap aku, dia kawasan jeti dan ada la bot-bot yang parking kat jeti tu time kitorang makan (diorang tak turun ke laut agaknya).

Just nak share suasana kat situ yang menarik, tak panas dan tenang...




Monday, 19 May 2014

AMALAN TERIMA KASIH



Assamlamualaikum..

Entry aku pada kali ini, aku nak cerita pasal 'terima kasih'..
Cerita bermula apabila aku dalam perjalanan pulang ke Serdang,Kedah. Aku nak naik bas dari Parit Buntar ke Serdang,Kedah. bas ke Serdang cuma Mara je yang beroperasi,takde syarikat bas lain yang bawa ke Serdang. orang sana panggil 'bas loncat' hehe
Aku pun naik bas mara tu, time tu dah pukul 2 lebih, so bebudak sekolah pun ramai la yang nak naik bas untuk balik ke rumah. Driver bas macam biasa la, kalu dah ramai sangat, die pun tension la, asyik nak marah jer, budak sekolah pulak kalau dah naik bas reramai, mane reti diam, banyak pulak cerita diowg.
So bas pun kejap2 berhenti untuk turunkan penumpang, pintu bas mara ni ada dua, satu kat depan, satu kat tengah, pintu yang tengah tu rosak, tak boleh bukak, yang bebudak ni pun, dah tau rosak, tunggu jugak pintu tu terbukak bile bas berhenti, yang driver ni bengang la asyik kene bagitau setiap kali bas berhenti, 'pintu tengah tu rosak, turun depan'. 
Dah penat duk ulang ayat yang sama, nak dijadikan cerita, bas tu berhenti untuk turunkan penumpang tapi takde orang yang ke depan untuk turun bas, driver ni assume bebudak ni tunggu pintu tengah tu bukak la, die tinggikan suara la, 'pintu tengah tu rosak, brape kali nak cakap!!'
Rupa-rupanya, yang nak turun tu mak cik,dengan beg sayur die, jalan bongkok sambil pegang kerusi sebab die tak brape stabil nak jalan, sebelum turun tu, mak cik tu cakap 'terima kasih' kat driver tu, dengan suara yang lembut driver tu jawab 'sama-sama mak cik,jalan elok2'..
Nampak tak, ucapan terima kasih tu amat bermakna hinggakan boleh melembutkan hati orang yang tengah panas, kenapa driver tu tak marah? sebab ucapan tu buat die rasa dihargai, die penat, tension tapi stiap kali bas berhenti dan penumpang turun, takde pun ucapan terima kasih untuk dia, dengan ucapan terima kasih jer, hati die tenang, cakap pun boleh lembut. walaupun tugas atau peranan seseorang tu nampak kecil di mata masyarakat, tapi die tetap seorang manusia yang punya rasa untuk dihargai.
Cuba2 lah untuk amalkan ucapan 'terima kasih' ni dan tengok apa kesan dia dalam kehidupan korang semua, mesti ramai orang suka dan memudahkan urusan harian korang. Simple jer, cume 2 perkataan, 'terima kasih'.

wassalam...

Friday, 9 May 2014

Assalamualaikum...

     Hari ini hari jumaat, hari yang buat aku malas nak bekerja. Bukan sebab apa, sebab ak nak balik kampung esok haha so die jadi tak ada mood nak kerja.

     Lepas aku habis study, ini aku rasa first time aku cuti panjang, orang lain selalu habis study, lepak dulu, berjalan bercuti mana-mana pastu baru cari kerja. aku takdan la nak buat macam tu hehe.. so bila dapat cuti panjang ni, even seminggu pun, aku rasa excited gila haha..tak sabar nak menghabiskan masa dikampung..weeheee !!

     Ni blog aku yang keberapa entah haha aku dulu ada blog juga tapi dah lama sangat tak update, aku pun dah tak ingat apa password aku haha ini entry aku yang pertama selepas 4 tahun tak bukak blog haha

Sekian saje buat kali nie...chao dulu..
assalamualaikum..